UK Competition and Markets Authority (CMA) menyatakan keputusan Microsoft meletakkan pelbagai games ke dalam langganan Game Pass telah menjejaskan jualan games tersebut.
CMA juga menyatakan:
“Microsoft telah menghantarkan analisis dalamannya dan ia menunjukkan penurunan dalam jualan sesebuah game setelah ia dimasukkan ke dalam Game Pass”.
Secara mudahnya, ramai gamers merasakan langganan Game Pass lebih berbaloi kerana dapat memainkan pelbagai jenis games berbanding mengeluarkan duit yang banyak untuk membelinya.
Oleh itu, CMA mendapati memasuki sesebuah game itu ke dalam Game Pass secara tidak langsung menurunkan jualan game itu.
{suggest}
Untuk pengetahuan pembaca, studio Activision tidak terlalu berminat untuk meletakkan game mereka ke dalam Game Pass kerana peka yang tindakan itu akan menjejaskan jualan game mereka.
Sumber: Games Industry
Gambar utama: Games Industry