Kebanyakkan medium penyimpanan memori atau storan pada masa kini mempunyai ruang yang terhad. Microsoft sedang membangunkan teknologi storan baharu yang dipanggil Project Silica.
Project Silica merupakan sebuah plat kaca yang mampu menyimpan data di dalamnya selama 10,000 tahun tanpa menggunakan kuasa elektrik.
Jurutera Microsoft, Ant Rowstron memberitahu tujuan mereka jalankan projek ini adalah memastikan tahap keselamatan data yang disimpan adalah tinggi.
Mereka telah menggunakan kaedah denyutan laser pendek. Laser ini secara fizikal dapat mengubah struktur dalaman kaca. Walaupun terdapat calar, namun kod di dalamnya tidak akan berubah.
Satu plat ini mempunyai ruang memuatkan 1.75 juta trek muzik bersamaan 7TB bagi jumlah storan. Write Lab akan menggunakan laser untuk mencetak voxel (piksel 3D) di dalam kaca.
Kemudian, Read Lab akan menggunakan mikroskop yang dikawal komputer untuk membaca voxel daripada plat kaca tersebut. Kemudian, data akan dipindahkan ke Decode Lab. AI Azure akan menukar data visual kepada fail digital yang boleh digunakan.
Penyelidik Microsoft telah mencadangkan plat kaca tersebut dibina dengan ketumpatan tinggi supaya dapat membolehkan data disimpan dengan DNA.
Walau bagaimanapun, projek ini masih dalam pembikinan. Sekiranya ada apa-apa perkembangan terkini kami akan kemas kini semula dari masa ke semasa.
{suggest}
Sumber: ExtremeTech