Awal April lalu, Pengurus Microsoft, Aaron Greenberg berjanji untuk menghasilkan peti sejuk mini Xbox Series X berikutan ciapannya di Twitter.

Terbaru, menerusi acara E3 2021 semalam, Microsoft mengumumkan yang mereka akan membangunkan peti sejuk itu dengan nama Xbox Mini Fridge.

Baca juga – Microsoft Surface Laptop 4 Rasmi Di Pasaran Malaysia Hari Ini

Dilihat daripada video, rekaan peti sejuk mini ini tampil agak bergaya dengan luaran yang kemas dan dalaman berlampu hijau klasik Xbox.

Selain itu, ia dilengkapi seni bina penyejukan halaju Xbox dan merupakan peti sejuk mini paling berkuasa didunia menurut Microsoft.

Namun peti sejuk mini ini masih belum pasti akan dijual secara umum, eksklusif, atau hanya boleh dimiliki sebagai hadiah istimewa oleh Xbox.

Baca juga – Bagi Menyejukkan Pusat Data, Microsoft Merendam Pelayan Mereka Ke Dalam Cecair Mendidih

Sejauh mana kuasa teknologi yang akan dimuatkan pada produk baru Xbox ini, sama-sama nantikan pada musim cuti hujung tahun ini.

Sumber: Xbox