Umum mengetahui bahawa sejak komputer Mac dengan cip pemproses M1 diperkenalkan, banyak aplikasi mengalami masalah untuk dijalankan melalui komputer ini.

Banyak aplikasi sudah menyokong bagi barisan Mac M1 termasuk Adobe dan Chrome. Kini, Microsoft Office pula menerima kemaskini bagi Mac M1.

Aplikasi Microsoft Office yang menyokong pada Mac M1 adalah termasuk Word, Excel, Outlook, PowerPoint dan OneNote. Namun, bagi yang menggunakan Teams, ia masih tidak menyokong.

Melalui kemaskini ini juga, aplikasi Microsoft Office kini dapat dijalankan bagi platform Intel dan Apple Silicon. Oleh itu, sebarang kemaskini akan datang atau ciri-ciri baharu akan menerimanya serentak.

Tambahan lagi, Microsoft sedang berusaha untuk mengemaskini Teams bagi Mac M1 dimana aplikasi tersebut digunakan ramai orang pada masa kini.

Sekiranya anda ingin mendapatkan versi baharu ini, ia akan dikemaskini secara automatik melalui Mac App Store atau Microsoft bergantung dari mana anda memuat turunnya.

Selain itu, pengguna Outlook turut akan menerima sokongan iCloud dimana boleh segerakkan emel, kenalan dan kalendar secara terus dalam aplikasi ini.

Sumber: Microsoft