Assassin’s Creed Valhalla, Bright Memory Infinite, DiRT 5 dan banyak lagi.
Microsoft telah mengumumkan 13 judul permainan menarik yang secara khusus dioptimasikan untuk konsol permainan generasi terbaru mereka iaitu Xbox Series X.
Kesemua 13 permainan ini akan menyokong sepenuhnya ciri-ciri utama terbaru yang ada pada konsol Xbox Series X termasuklah sokongan paparan 4K pada kadar 120 bingkai sesaat, DirectStorage, ray tracing dan lain-lain.
Berikut adalah 13 judul permainan tersebut:-
-
Assassin’s Creed Valhalla
-
Bright Memory Infinite
-
Call of the Sea
-
Chorus
-
DiRT 5
-
Madden NFL 21
-
Scarlet Nexus
-
Scorn
-
Second Extinction
-
The Ascent
-
The Medium
-
Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2
-
Yakuza: Like a Dragon
Tarikh rasmi Xbox Series X dipasarkan belum didedahkan Microsoft buat masa ini. Tetapi dijangka akan akan menjengah pasaran pada lewat tahun ini.
Sumber: Xbox news