Sebelum ini dilaporkan bahawa pengguna Windows 10 berdepan masalah selepas mereka menaik taraf Windows 10 mereka kepada versi Windows 10 version 20H2 dan juga Windows 10 version 2004.

Walaubagaimanapun, pengguna berdepan pelbagai masalah selepas menaik taraf dan mengemas kini kepada versi Windows tersebut.

Antara isu utama yang dihadapi mereka adalah berkaitan peranti storan luar NVMe SSD yang disambung menggunakan sambungan Thunderbolt.

Sambungan itu menyebabkan ramai pengguna berdepan dengan paparan Blue Screen of Death (BSOD).

Microsoft telah mengesahkan isu tersebut dan mula menawarkan kemas kini terbaru kepada penggunanya menerusi kemas kini pilihan KB4586853.

Kemas kini KB4586853 ini adalah kemas kini pilihan jadi ia tidak ditawarkan secara automatik kepada pengguna Windows 10.

Jadi anda perlu memuat turun dan memasangnya secara manual yang boleh didapati dari laman Microsoft Update Catalog.

KB4586853 ditawarkan untuk semua versi Windows 10 20H2 dan semua versi Windows 10 2004.

Komputer anda perlu menggunakan versi Windows tersebut untuk memasang kemas kini KB4586853.

Sumber: Windows Latest