Microsoft telah pun melepaskan kemas kini terbaru kepada pengguna Windows 10.

Kemas kini kumulatif KB5004237 itu ditawarkan pada semua versi Windows 10, 2004, Windows Server 2004, semua versi Windows 10 20H2, semua versi Windows Server 20H2,  dan semua versi  Windows 10 21H1.

Antara kandungan utama yang dimuatkan dalam kemas kini kumulatif ini adalah seperti kemas kini pengesahan nama pengguna dan kata laluan serta menambah baik keselamatan sistem Windows apabila menjalankan operasi asas.

Antara bahagian sistem Windows yang menerima kemas kini keselamatan terbaru ini termasuklah Windows Apps, Windows Management, Windows Fundamentals, Windows Authentication, Windows User Account Control (UAC), Operating System Security, Windows Virtualization, Windows Linux, Windows Kernel, Microsoft Scripting Engine, Windows HTML Platforms, Windows MSHTML Platform dan Windows Graphics.

Selain itu, Microsoft turut memperbetulkan isu sambungan antara komputer Windows dengan mesin pencetak.

Kemas Kini Kumulatif Windows 10 KB5004237 sudah pun boleh dimuat turun menerusi Windows Update di komputer anda.

Sumber: Microsoft

Baca juga: Kemas Kini Kumulatif KB5003173 Memperbetulkan 28 Kecacatan Windows 10

Adakah Anda Tunggu Dahulu Atau Terus Mengemas Kini Windows 10 Komputer Anda?