Beberapa hari lalu, Microsoft telah mula menawarkan kemas kini terbaru iaitu KB5005565 untuk pengguna Windows 10.

Versi Windows 10 yang menerima kemas kini ini adalah seperti berikut:-

  • Windows 10 versi 2004,
  • semua edisi Windows Server versi 2004,
  • Windows 10 versi 20H2,
  • semua edisi Windows Server versi 20H2,
  • semua edisi Windows 10, versi 21H1.

Selepas dikemas kini, binaan sistem operasi Windows 10 akan berubah kepada 19041.1237, 19042.1237 dan 19043.1237.

Untuk edisi Windows 10 versi 21H1 dan 20H2, Microsoft menampal kecacatan dan menambah baik keselamatan Windows tersebut.

Sementara bagi Windows 10 versi 2004, kemas kini KB5005565 memperbetulkan isu direktori sehingga boleh menyebabkan sistem Windows tergendala.

Jadi, sekiranya komputer anda menggunakan versi Windows 10 yang dinyatakan di atas, anda bolehlah segera mengemas kini sistem operasi Windows tersebut.

Sumber: Microsoft