Dalam edisi anugerah Graduates’ Choice Award 2020/2021 baru-baru ini, Microsoft Malaysia telah diundi oleh lebih daripada 24,000 graduan sebagai syarikat paling menarik untuk bekerja dalam tahun 2021.

Jumlah undian itu sekaligus berjaya meletakkan Microsoft Malaysia menjadi pilihan 3 tangga teratas syarikat di Malaysia untuk bekerja.

We are honoured to be voted by graduates once again as their employer of choice. This is a testament to our efforts in engaging and providing opportunities to local graduates on our path towards a more resilient Malaysia, in fulfilling our mission to empower every person and every organisation on this planet to achieve more.” Microsoft Malaysia

Microsoft Malaysia memaklumkan, mereka sentiasa bergiat aktif bekerjasama dengan sektor pendidikan.

Antara penglibatan Microsoft Malaysia bersama sektor pendidikan adalah seperti pelancaran program Micro-Credential di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kolaborasi bersama Taylor’s University dan INTI Colleges serta program bersama Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Sumber: Microsoft