Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Microsoft Lancar DirectStorage Untuk PC, ‘Loading’ Game Kini Lebih Pantas

Posted on Mac 15, 2022Mac 15, 2022

Microsoft sebelum ini pernah mengumumkan bahawa salah satu ciri yang wujud pada konsol Xbox Series X bakal ditawarkan buat PC.

Fungsi yang dimaksudkan itu ialah DirectStorage API yang mana ia akan memberikan pengalaman bermain di PC sama hebat seperti di konsol generasi terkini.

Melaluinya, perkakas PC seperti kad grafik serta storan NVMe SSD bakal mendapat manfaat kerana ia telah dioptimumkan. Secara ringkasnya, fungsi yang ditawarkan dalam Xbox Series X itu akan memberikan masa loading permainan video jauh lebih pantas.

Bagi anda yang menggunakan konsol seperti Xbox Series X dan PS5, anda sendiri tahu betapa pantasnya permainan dimuatkan (loading).

Menurut Microsoft, DirectStorage ini juga disokong sistem perisian Windows 10 meskipun mereka tetap menyarankan bahawa Windows 11 adalah yang terbaik dalam gaming.

Sumber : microsoft

Baca juga :

  • Isu Kerentanan Pada Peranti Android Lebih Banyak Berbanding iPhone – Penyelidik
  • Inilah Pencipta Logo Android, Seorang Wanita Daripada Rusia Tapi Tidak Dikenali Ramai
  • GPU Intel Arc Alchemist Untuk ‘Laptop’ Akan Dilancar Bulan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress