Microsoft telah mengumumkan bahwa mereka akan memperkenalkan ciri keselamatan terbaru bermula dari versi pelayar Microsoft Edge 92.

Ciri baru itu adalah dengan menjadikan secara automatik mana-mana laman sesawang yang dilayari, tetapi hanya dilengkapi dengn protokol HTTP sahaja akan diubah kepada HTTPS.

Jika anda perasan, jika laman seswang uyang dilayari itu hanya dilengkapi protokol http sahaja, laman seswang itu akan ditang dengan Not secure.

Sebaliknya jika laman sesawang itu dilengkapi protokol HTTPS, ikon berbentuk kunci akan dipaparkan.

Baca juga: Firefox Terima Wajah Baru, Tampil Lebih Kemas Dan Jelas

Laman sesawang dengan protokol HTTPS adalah lebih selamat berbanding HTTP yang sudah lapuk.

Buat masa ini, ciri baru ini masih dalam perikngkat ujian yang ditawarkan pada sebilangan pengguna Microsoft Edge 92 sahaja.

Aplikasi Microsoft Edge adalah pelayar yang berasaskan Chrome. Versi terkini pelayar ini adalah Microsoft Edge 91.0.864.37 yang ditawarkan pada pengguna Windows 10 dan macOS.

Sumber: Microsoft Edge Blog

Baca juga: Aplikasi Pelayar Ini Didakwa Menjejak Data Penggunanya Walau Dalam Mod Privasi