Hari ini telah berlangsungnya acara pelancaran rasmi sistem operasi terbaharu Microsoft, Windows 11. Tampil berwajah baru, Windows 11 turut dimuatkan dengan pelbagai ciri menarik.

Antara penambahan baru yang menarik adalah sokongan aplikasi Android secara terus didalam Windows 11. Pengguna boleh integrasikannya pada Start, taskbar, ciri susun atur sistem operasi yang baru dan lain-lain.

Menurut Microsoft, mereka menggunakan aplikasi Android yang tersedia dari Amazon App Store, seterusnya boleh dimuat turun melalui Windows Store. Keupayaan ini merupakan hasil dari teknologi Intel Bridge, jelas Microsoft.

Dengan adanya sokongan ini, Microsoft mahu memudah serta memberi kelancaran kepada pengguna dari segi penggunaan telefon pintar dan komputer.