Microsoft hari ii mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara istimewa pada 22 September ini.

Acara yang akan bermula pada jam 11.00 malam itu dijangka akan tamat pada  23 September jam 12.30 pagi.

Tidak banyak yang dikongsikan Microsoft bagi memberi bayangan apakah barisan produk yang akan diperkenalkan mereka nanti.

Tetapi Microsoft dijangkakan akan memperkenalkan barisan produk terbaru mereka seperti telefon pintar Surface Duo, komputer riba Surface Book dan tablet Surface terbaru.

Sepanjang bulan September ini adalah menjadi bulan yang sibuk kepada gergasi teknologi lain termasuklah juga Apple dan Google di mana masing-masing bakal memperkenalkan produk-produk utama mereka seperti iPhone 13 dan Pixel 6.

Begitu juga kepada para peminat yang pastinya tidak sabar menanti-nantikan apakah gadjet-gadjet terbaru lain yang bakal dihidangkan kepada mereka.

Sumber: Microsoft