Windows 10 mula ditawarkan kepada para pengguna komputer di seluruh dunia pada tahun 2015 dahulu. Kini selepas 6 tahun, Microsoft nampaknya mungkin sudah bersedia untuk menamatkan sistem operasi tersebut.

Menerusi semakan dokumentasi Microsoft, mereka memaparkan secara rasmi tarikh bagi penamatan sistem operasi Windows 10 adalah pada 14 Oktober 2025.

Ia melibatkan edisi sistem operasi Windows 10 Home, Pro, Pro Education dan juga Pro for Workstations.

Ini bermakna, selepas daripada tarikh tersebut, Microsoft tidak lagi akan menyokong sistem Windows 10 dengan sebarang kemas kini.

Langkah yang diambil Microsoft ini tidak mengejutkan kerana mereka dijadualkan akan melancarkan versi terbaru sistem Windows dalam bulan ini.

Jadi, dengan pemberitahuan ini maka para pengguna Windows 10 yang dianggarkan sekitar 1.3 bilion pengguna aktif akan dapat beralih kepada sistem Windows terbaru nanti dalam tempoh 4 tahun ini.

Microsoft akan memperkenalkan versi Windows 11 pada 24 Jun ini.

Sumber: Microsoft

Baca juga: Windows Baharu Akan Diperlihatkan Pada 24 Jun Ini