Xiaomi hari ini turut mengumumkan projektor pintarnya menerusi Mi Smart Projector 2 Pro. Ia mampu memaparkan imej dari 60 inci sehingga 120 inci dengan kecerahan maksimum 1300 nits.

Resolusi yang dipaparkan adalah FHD 1920×1080 dan turut menyokong paparan HDR10. Selain itu, projektor ini juga dapat memfokuskan imej dengan hanya 2 saat kerana dilengkapi sensor TOF.

Malah, dipadankan pula dengan omni-directional keystone yang mana ia mampu memberikan layar yang dipaparkan sentiasa dalam posisi yang betul walaupun diletakkan dalam apa jua kedudukan.

Di dalamnya juga terbina pembesar suara stereo 2x 10W serta menyokong Dolby Audio dan DTS-HD. Ia juga boleh dijadikan sebagai pembesar suara mudah alih dengan menyambungkannya menggunakan Bluetooth.

Antara ciri menarik yang lain adalah ia hadir dengan Android TV 9.0, Google Chromecast, Google Assistant dan diperakui sebagai peranti Netflix.

Mi Smart Projector 2 Pro ini dijual dengan tanda harga €999 di Eropah iaitu sekitar ~RM4875 jika di Malaysia.

Beli produk Xiaomi melalui:
Shopee (https://invol.co/cl31317)
Lazada (https://invol.co/cl3130q)