Awal bulan ini, kita sudah lihat kehadiran penjejak kesihatan yang popular dari Xiaomi, iaitu Mi Smart Band 6.

Setelah hampir seminggu pra tempahan dibuka, peranti boleh pakai tersebut kini akan dibuka jualan rasmi bermula Ahad ini, 25 April.

Imbas kembali, Mi Smart Band 6 menampilkan paparan lebih besar dengan saiz 1.56 inci AMOLED, lebih daripada 30 mod sukan, sensor SpO2 dan banyak lagi.

Harga jualan adalah RM189 dan jika anda berminat, ia boleh dibeli melalui kedai rasmi Xiaomi di Lazada, Shopee dan rakan pengedar yang sah.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

Beli Mi Smart Band 6 di:
Lazada (https://invol.co/cl3mdah)
Shopee (https://invol.co/cl3mdaw)