Pasti ramai yang sudah tidak sabar dengan tablet baharu Xiaomi, siri Mi Pad 5. Mula diperkenalkan awal Ogos lalu yang didatangkan skrin 11 inci beresolusi 2.5k, kadar segar semula 120Hz dan banyak lagi.

Terbaru, tablet tersebut dengan nombor model 21051182G muncul di platform Geekbench. Ia dipercayai adalah tablet versi global dan menandakan peranti tersebut akan dilancarkan buat pasaran luar China.

Seperti diketahui, Xiaomi sedia mengadakan acara pada 15 September ini dimana mereka akan melancarkan siri Xiaomi 11T, Xiaomi 11 Lite NE, mungkin Xiaomi Note 11 dan tablet Mi Pad 5.

Dijangka tablet ini pasti diumumkan kerana mereka ada berkongsikan ciapan “More Than Phones” menjelang acara tersebut.

Apa-apa pun, tiga peranti sudah pasti masuk ke negara kita nanti, iaitu Xiaomi 11T, Xiaomi 11 Lite NE dan Mi Pad 5 kerana kesemuanya telah melepasi pengesahan SIRIM.

Sumber: mysmartprice

Baca juga: