Xiaomi baru sahaja melancarkan siri komputer riba baru Mi Notebook Pro X 15 di pasaran China. Seakan siri Mi Notebook 14 Horizon Edition dengan bezel yang nipis, komputer riba terbaru ini hadir dengan spesifikasi flagship.
Mi Notebook Pro X menampilkan skrin 15.6-inci dengan paparan OLED beresolusi 3,456 x 2,160 dan sokongan kadar penyegaran 60Hz.
Bahagian dalaman pula dikuasa grafik Nvidia RTX-3050Ti, sistem penyejukan dwi, heatsink tembaga besar, serta dua pilihan cip, memori, dan storan.
- Intel Core i7-11370H 4.8GHz 32GB/1TB – 9,999 yuan (~RM6,429)
- Intel Core i5-11300H 4.4GHz 16GB/512GB – 7,999 yuan (~RM5,143)
Selain itu, komputer riba ini dimuat bateri 80Wh dengan pengecasan USB-C 130W, WiFi 6, pembesar suara Harman Kardon, dan lain-lain.
Namun, setakat ini Mi Notebook Pro X hanya boleh di pra-tempah di pasaran China sahaja.
Sumber: weibo
Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Baharu Mungkin Tampil Kamera 200MP
Baca juga – Masih Ramai Guna Telefon Xiaomi Yang Berusia 9 Tahun Ini