Mi Malaysia sebelum ini ada membayangkan peranti Mi Mix 3 bakal didagangkan dalam negara dibawah paras RM2500.
Membawakan ciri gelongsor pada skrin untuk menyembunyikan sistem kamera swafoto, Mi Mix 3 hari ini telah diumumkan ketibaannya bagi pasaran tempatan pada 12 Januari 2019 ini.
Variasi yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Onyx Black/ 6GB+128GB – RM2199
- Sapphire Blue dan Jade Green/ 6GB + 128GB – RM 2299
Harga yang diletakkan jauh daripa tekaan peminat yang menyangka ia bakal dinilai pada harga RM2499.
Perbezaan harga dilihat hanya membabitkan warna-warna yang lebih menarik iaitu Sapphire Blue dan Jade Green.
Berminat untuk memilikinya? Mi Mix 3 boleh dibeli bermula 12 Januari 2019 di gedung dalam talian Lazada, Shopee serta Mi Store.
Bagi maklumat spesifikasi, anda boleh lihat video pra-tonton dibawah.