Semalam Mi Malaysia melalui laman Facebook mereka telah mengumumkan penawaran model Mi Max 2 dan Mi 6 secara pra-tempah .
Pra-tempah yang bermula pada 12 tengahari semalam bakal berlangsung selama 5 hari iaitu…
- 31 Julai sehingga 4 Ogos 2017
…dan bagi anda yang berhajat untuk membeli boleh mengunjungi Mi Store di Lazada ataupun ke Kedai Premium yang bertempat di Queensbay Mall, Pulau Pinang.
Jika anda tidak mahu membeli secara pra-tempah, anda boleh membeli secara terus Mi Max 2 dan Mi 6 bermula pada 5 Ogos 2017. Berikut merupakan harga dan spesifikasi ringkas bagi model yang terlibat;
Mi Max 2 (RM1199)
- Skrin paparan berukuran 6.44 inci
- Android Nougat 7.1.1
- Snapdragon 625
- Kamera utama 12MP dan kamera swafoto 5MP
- Pengimbas cap jari di bahagian belakang
- Bateri berkapasiti 5300 mAh
Mi 6 (RM1899)
- Skrin paparan berukuran 5.15 inci
- Android Nougat 7.1.1
- Snapdragon 835
- Dwi Lensa kamera utama 12MP dan kamera swafoto 8MP
- Pengimbas cap jari di bahagian hadapan
- Bateri berkapasiti 3350 mAh
Klik untuk pra-tempah di Mi Store Lazada
Sumber: Mi Malaysia