Semalam Mi Malaysia telah mengumumkan akan mengadakan promosi istimewa untuk beberapa produk keluaran mereka bersama platform beli-belah atas talian, Lazada. Promosi yang diadakan ini adalah bersempena dengan Online Revolution oleh Lazada yang mana ia merupakan jualan terbesar atas talian untuk tahun ini.
Mi Malaysia menawarkan model Redmi Note 3 versi storan 16GB pada harga promosi RM499! Promosi ini bakal berlangsung selama 3 hari bermula dari 11 November sehingga 13 November. Pada masa yang sama, syarikat tersebut juga akan memberi hadiah berupa Mi Power Bank 10,000 mAh kepada setiap pembelian telefon pintar Mi Max yang di jual dengan harga RM999.
Turut dijual adalah Mi Power Bank Pro dengan harga asal RM149. Ia merupakan powerbank baru keluaran Xiaomi berkapasiti 10,000mAh, mempunyai port USB Type-C dan dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas. Walaupun berkuasa besar, power bank itu tampil dengan rekaan hampir sama dengan Mi Powerbank Slim 5,000 mAh. Untuk jualan atas talian besar-besaran kali ini, Mi Power Bank Pro akan dijual pada harga promosi RM119. Inilah masa yang dinantikan untuk memiliki peranti idaman pada harga mampu milik dan jangan lupa kongsikan berita baik ini dengan keluarga serta sahabat yang lain.
Sumber: Mi Malaysia