Secara rasmi menggantikan Mi Band 3 pada Jun lalu dipasaran China, Mi Band 4 mula ditawarkan di Malaysia pada bulan yang berikutnya. Walaupun baru memasuki usia 3 bulan, model seterusnya dikatakan sudah berada dalam fasa awal pembangunan.
Ini adalah berdasarkan Huang Wang, CEO Huami, sebuah syarikat teknologi dari China yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membangunkan peranti boleh pakai Xiaomi. Wang memberitahu perkara itu kepada pelabur pada pembetangan keuntungan suku kedua awal minggu ini.
Difahamkan, penjejak kesihatan tersebut dijangka membuat kemunculan sekitar penghujung tahun hadapan.
Menerusi edisi terbaru, Mi Band 4, pengeluar telah memberikan beberapa penambahbaikan pada versi tersebut dan perubahan paling ketara adalah skrin sesentuh AMOLED yang dikemaskan dengan paparan berwarna. Mi Band 4 dijual dipasaran tempatan pada harga rasmi RM149.
Sumber: Beebom