Selain untuk pasaran China, Xiaomi turut mengumumkan beberapa peranti untuk pasaran global. Namun, untuk pasaran global Xiaomi telah melancarkan Mi 11i.

Dari segi spesifikasi, Mi 11i didatangkan dengan skrin rata bersaiz 6.67-inci E4 AMOLED dengan resolusi 2400 x 1080 serta sokongan kadar segar semula 120Hz serta input sentuhan 360Hz. Paparan juga menyokong gamut warna DCI-P3, HDR10+ serta kecerahan maksimum sehingga 1300 nits.

Mi 11i

Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 888 dengan teknologi 5nm serta memori yang berasaskan LPDDR5 dan UFS3.1.

Mi 11i Malaysia

Mi 11i menampilkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada sensor HM2 108MP utama, 8MP ultra lebar dan 5MP telemakro. Kamera swafoto ditempatkan pada bahagian hadapan dengan sensor 20MP.

Untuk jangka hayat bateri, ia dimuatkan dengan kapasiti 4,520mAh bersama pengecasan pantas 33W Pro.

Mi 11i Malaysia

Antara lainnya adalah sokongan audio dengan Dolby Atmos dan pembesar suara stereo. Ia juga menyokong Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6, rangkaian 5G, NFC, IR Blaster dan sebagainya. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Celestial Silver, Frosty White dan Cosmic Black.

Harga jualan

Berikut adalah harga jualan Mi 11i untuk pasaran global.

  • RAM 8GB/128GB – 649 euro (~RM3169)
  • RAM 8GB/256GB – 699 euro  (~RM3413)

Peranti ini dijangka hadir untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Beli produk Xiaomi yang lain melalui:
Shopee (https://invol.co/cl31317)
Lazada (https://invol.co/cl3130q)