Xiaomi Malaysia telah pun melancarkan Mi 11 Ultra dalam bulan April lalu. Peranti flagship terbaru Xiaomi itu dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 888,  12GB RAM LPDDR5 dan kapasiti storan 256GB.

Selain daripada reka bentuk moden serta kehadiran panel skrin AMOLED kedua berukuran 1.1-inci yang terletak di sebelah modul kamera belakang, Mi 11 Ultra turut dilengkapi dengan kamera utama yang cukup berkuasa.

Kamera utama Mi 11 Ultra menggunakan sensor 50MP ISOCELL GN2 dari Samsungdengan ciri Dual Pixel Pro yang membolehkannya melakukan auto-fokus lebih pantas.

Bagi membuktikan keupayaan kamera Mi 11 Ultra, Pengurus Besar Xiaomi Indonesia, Alvin Tse telah berkongsikan imej bulan yang dirakam menerusi kamera peranti tersebut.

Kamera utama Mi 11 Ultra berkeupayaan zoom sehingga 5x zoom optikal dan 120x zoom digital.

Mi 11 Ultra sudah pun berada di pasaran yang dijual pada harga RM4,299 (12GB RAM+256GB).

Antara spesifikasi menarik lain yang dimiliki peranti ini adalah ia dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan turbo 67W berwayar dan tanpa wayar serta audio dari Harman Kardon.

Sumber: Notebook Check

Baca juga: Mi 11 Ultra Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM4299

Xiaomi Kerjasama Dengan Planetarium Negara Untuk Ambil Foto Bintang

Kamera Xiaomi Mi 11 Tak Setanding Telefon Andalan Lain