Pada acara pelancaran yang akan diadakan 29 Mac 2021, Xiaomi dijangka akan mengumumkan sejumlah produk dan teknologi baharu termasuk Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra, Mi Notebook Pro dan Mi MIX yang dilengkapi lensa cecair.
Terkini, Xiaomi mendedahkan Mi 11 Ultra akan menggunakan teknologi bateri anod silikon-oksigen. Menurut Xiaomi, bateri yang dimuatkan pada peranti ini mampu menyokong pengecasan lebih pantas.
Teknologi bateri Si-O2 ini membolehkan binaan Mi 11 Ultra dihasilkan dengan lebih nipis dan dicas dengan lebih pantas. Teknologi ini adalah sama seperti yang terdapat pada kenderaan elektrik, di mana ia menambahkan bahan silikon berskala nano melalui elektrod negatif untuk meningkatkan 10 kali kapasiti berbanding graphite.
#Mi11Ultra features a new super fast-charging silicon-oxygen anode battery. Core benefits, thinner and faster charging.
This is similar to electric vehicles, adding nano-scale silicon materials to the negative electrode to increase theoretical gram capacity 10x vs graphite. pic.twitter.com/tydYYXjaX5— Daniel D (@Daniel_in_HD) March 26, 2021
Dalam erti kata lain, penggunaan bateri anod silikon-oksigen membolehkan Mi 11 Ultra hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar dengan pengisian lebih pantas.
Sumber: Weibo via GizmoChina