Ramadan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi, umat Islam di seluruh dunia sudah bersedia untuk menahan lapar di siang hari.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan ramalan cuaca panas di seluruh negara akan berpanjangan sehingga Mei ini.
Seperti sebelum ini, ada tahun-tahun di mana negara kita mengalami cuaca panas atau terik ketika bulan Ramadan.
Setakat 29 Mac 2022, suhu maksimum harian tertinggi yang direkodkan dalam tempoh ini adalah 36.3°C iaitu di Temerloh, Pahang pada 28 Mac 2022, berbanding rekod tertinggi di Malaysia iaitu 40.1°C di Chuping Perlis pada 9April 1998 semasa episod El Niño kuat.
Namun, pihak METMalaysia tidak menjangkakan cuaca panas luar biasa akan berlaku dalam tahun ini.
Ramalan setakat 30 Mac, terdapat 3 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Temerloh, Maran dan Tangkak manakala semua kawasan di Sabah & Sarawak dalam pemantauan.
Baca juga: