CEO Meta Mark Zuckerberg kini mengumumkan SeamlessM4T, iaitu model terjemahan multimodal berbilang bahasa yang membolehkan pengguna yang bertutur pelbagai bahasa, berkomunikasi dengan lebih berkesan.
{suggest}
Menurut syarikat itu, SeamlessM4T atau Massively Multilingual & Multimodal Machine Translation boleh menterjemah pertuturan ke teks dan teks ke teks untuk hampir 100 bahasa.
Bagi pertuturan ke pertuturan dan teks ke pertuturan, ia mampu mengecam sehingga 100 input bahasa dan menukarkannya kepada 35 bahasa lain.
Dengan teknologi yang dibangunkan oleh Meta ini, ia memudahkan pengguna untuk berinteraksi merentasi pelbagai bahasa.
Introducing SeamlessM4T, the first all-in-one, multilingual multimodal translation model.
This single model can perform tasks across speech-to-text, speech-to-speech, text-to-text translation & speech recognition for up to 100 languages depending on the task.
Details ⬇️
— Meta AI (@MetaAI) August 22, 2023
Menurut Meta, model multimodal AI ini tersedia kepada umum untuk kegunaan bukan komersial.
Melalui percubaan demo, boleh dikatakan SeamlessM4T mampu menterjemah dengan baik. Pengguna juga boleh mencuba demo SeamlessM4T melalui pautan INI.
Dalam pada itu, dari semasa ke semasa, Meta menyatakan model multimodal AI ini akan diintegrasikan dalam Facebook, Instagram, WhatsApp, Messenger dan Threads.
Sumber: Meta