CEO kepada Meta, Mark Zuckerberg, telah memperkenalkan ciri baharu iaitu Emu AI Meta pada hari Khamis yang lepas.
https://www.facebook.com/reel/1330584860932048
Ciri terbaru ini dijangka dapat memberi kebolehan kepada pengguna Facebook dan Instagram untuk menyunting gambar mereka sehingga menjadi video animasi seperti watak dalam kartun animasi Disney. Mark juga berkata bahawa kecerdasan buatannya ini mempunyai dua kebolehan yang berlainan.
Emu Edit
Anda kini boleh menyunting gambar hanya dengan menggunakan input teks sahaja.
Berdasarkan video daripada Meta ini, kegunaannya kelihatan lebih kurang sama sahaja dengan alatan yang ada dalam Adobe dan Canva. Cuma kaedahnya yang terlalu mudah sehinggakan pengguna tidak perlu pilih bahagian mana yang mereka mahu sunting.
Emu Video
Kebolehan yang kedua ini dikatakan masih berada dalam fasa ujian. Mark menyatakan peranannya adalah menghasilkan video hanya dengan gabungan dua input iaitu teks prompt dan gambar rujukan. Hasil daripada itu adalah satu animasi kasar yang menyerupai sistem Make-A-Video Meta yang dilancarkan pada tahun lepas.
Walau bagaimanapun, masih belum ada khabar tentang kehadiran kecerdasan buatan ini di Facebook ataupun Instagram buat masa sekarang.
{suggest}
Sumber: Meta