Pasukan Responsible AI (RAI) yang dahulunya bertanggungjawab dalam pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan untuk platform Meta kini telah dibubarkan oleh syarikat itu.
Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ahli RAI telah menyalurkan sumber Meta ke dalam kecerdasan buatan generatif yang berperanan dalam menghasilkan kandungan baharu dengan mempelajari corak dan struktur daripada data latihan untuk menjana data baharu yang hampir sama. ChatGPT adalah salah satu contoh kecerdasan buatan generatif.
Berdasarkan laporan daripada The Information, kebanyakan ahli daripada RAI kini dijangka akan berpindah ke syarikat kecerdasan buatan yang lain manakala ahli yang berbaki akan dipindahkan ke infrastruktur AI Meta.
Dalam pada itu, wakil daripada Meta, Jon Carvill, telah menekankan bahawa syarikat mereka akan terus cenderung dalam pembangunan kecerdasan buatan.
Untuk pengetahuan anda, RAI Meta mula dicipta untuk mengenal pasti masalah dalam latihan kecerdasan buatan dengan matlamat mencegah perkara seperti isu penyederhanaan pada platform mereka.
Sehubungan dengan isu ini, kerajaan Amerika Syarikat kini telah berhubung dengan syarikat-syarikat pembuatan kecerdasan buatan untuk menetapkan peraturan baharu yang khas untuk teknologi ini. Hal yang sama juga telah dilakukan oleh Kesatuan Eropah tetapi masih berusaha untuk masukkan peraturan itu ke dalam Akta Peraturan Kecerdasan Buatan.
{suggest}
Sumber: Verge