Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
meta avatars store

“Meta Avatars Store” Akan Dilancar, Juga Akan Hadir Dalam VR

Posted on Jun 20, 2022Jun 20, 2022

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, mengumumkan bahawa syarikatnya akan melancarkan kedai pakaian berjenama digital yang dipanggil “Meta Avatars Store”.

Menurut Zuckerberg, dia melihat pilihan pakaian fesyen baharu sebagai cara untuk pengguna mengekspresikan diri mereka melalui avatar mereka.

Kedai maya baharu itu dilancarkan di Facebook, Instagram, dan Messenger dan akan membolehkan pengguna membeli pakaian digital untuk avatar mereka.

Kedai itu akan mula dilancarkan minggu depan dan pada mulanya akan menawarkan pakaian digital dari Balenciaga, Prada, dan Thom Browne.

Buat masa ini, Meta masih belum mendedahkan sebarang maklumat harga untuk pakaian digital ini namun pilihan pakaian percuma untuk avatar Meta masih akan ditawarkan.

Zuckerberg berkata Meta merancang untuk menjadikan kedai itu sebagai pasaran terbuka di mana pembangun boleh mencipta dan menjual pakaian.

Tambahnya lagi, ia akan dibawa ke teknologi VR tidak lama lagi.

Need a fresh fit for your avatar? We're launching our Avatars Store on Facebook, Instagram and Messenger so you can buy digital clothes. Mark Zuckerberg and @evachen212 tried out new looks from @BALENCIAGA @Prada @ThomBrowne ✨https://t.co/7SN0hdYz2D pic.twitter.com/Bp9zeK2ZNl

— Meta Newsroom (@MetaNewsroom) June 17, 2022

Pada peringkat awal, “Meta Avatars Store” akan mula dilancarkan minggu depan di Amerika Syarikat, Kanada, Thailand, dan Mexico, dan lebih banyak jenama akan diperkenalkan dalam kedai maya tersebut.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Setelah 14 Tahun Bersama, Ketua Pegawai Operasi Meta Letak Jawatan
  • Dituduh Mengeksploitasi Warga Afrika, Meta Berdepan Fail Saman
  • Meta Lancar Program Untuk Bantu Anda Ceburi Perniagaan Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress