Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

MET Malaysia Keluar Notis Amaran ‘Waspada’ Untuk Penduduk Di Sabah Dan Sarawak

Posted on Oktober 10, 2022

Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini telah mengeluarkan notis amaran hujan berterusan (Waspada) terhadap penduduk yang tinggal di Sabah, terutamanya kepada penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan berikut:-

  • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat Kudat; dan WP Labuan

Notis amaran itu dikeluarkan pada jam 12.12 tengahari 10 Oktober 2022 hari ini.

{suggest}

MET Malaysia juga menjangkakan akan berlaku hujan berterusan mulai 12 sehingga 14 Oktober 2022 (Jumaat) bagi negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan meliputi kawasan seperti berikut:

  • Sarawak: Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang;
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat; dan
  • WP Labuan

MET Malaysia juga memaklumkan, amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikemaskini pada 2.00 petang, 09 Oktober 2022 dengan kelajuan angin sehingga 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Sabah Barat, Labuan, Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan dalam tempoh Rabu, 12 Oktober 2022 sehingga Sabtu, 15 Oktober 2022.

Sumber: MET Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress