Beberapa hari lalu tular mesej yang menggunakan logo Jabatan Penerangan Malaysia disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan Kementerian Komunikasi bekerjasama dengan operator rangkaian akan memberikan kuota internet sebanyak 100GB Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-64.

“Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos, untuk memperingati ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-64, The Ministry of Communications and Information cooperated with cellular network operators to provide free 100GB Internet data quota from August 01 to December 31.

Accept conditions:
1.You are a citizen of Malaysia
2.The mobile phone number is Malaysia network operator
3.Invalid recharge after December 31

 

Berikutan itu, Jabatan Penerangan Malaysia menegaskan bahawa sesej yang ditularkan menrusi aplikasi WhatsApp itu adalah palsu dan tidak benar.

Jabatan Penerangan Malaysia menyatakan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan apa-apa perkongsian berkaitan perkara tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai dimohon untuk tidak berkongsi atau menyebarkan berita palsu tersebut kepada pengguna lain.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia