Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak percaya dan menyebarkan mesej yang tular baru-baru.
Mesej tersebut meminta warga emas untuk tidak keluar mengundi pada pilihan raya negeri Johor yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.
Ekoran itu, pihak MCMC meminta orang ramai supaya tidak percaya dan menyebarkan mesej tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan suasana panik d ikalangan masyarakat.
MCMC juga mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas boleh diambil oleh pihak berkuasa ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu.
Sumber: mcmc