Laman analisis OpenSignal telah mengeluarkan senarai negara-negara yang memiliki pengalaman panggilan video terbaik bagi rantau Asia Pasifik.

Hasil kaji selidik oleh OpenSignal itu mendapati, negara yang memberikan pengalaman panggilan video berkumpulan terbaik bagi rantau Asia Pasifik adalah Negara Jepun dengan skor sebanyak 85.7%.

Diikuti oleh Singapura (85.3%), Korea Selatan (84.2%), Australia (80.6%) dan New Zealand (79.1%).

Manakala Malaysia pula berada di kedudukan ke-11 dengan skor sebanyak 53.2%. Sekaligus meletakkan negara kita di belakang Indonesia (54.0%) dalam kategori pengalaman panggilan video berkumpulan terbaik di rantau ini.

Selain itu, OpenSignal juga turut menobatkan penyedia rangakain telekomunikasi DiGi sebagai platfom rangkaian yang memberikan pengalaman panggilan video berkumpulan terbaik di Malaysia.

DiGi memperoleh skor markah sebanyak 62.1% dari OpenSignal. Sekaligus menewaskan penyedia rangkaian telekomunikasi lain iaitu Maxis (58.1%), U Mobile (56.9%), Unifi (48.5%) dan Celcom (42.7%)

Data terkumpul ini adalah bagi tempoh antara 12 Februari 2021 hingga 13 Mei 2021.

Sumber: OpenSignal

Baca juga: Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia

Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia Penggunaan Data Mudah Alih