Laman penanda aras Antutu telah menyenaraikan 10 telefon pintar Android paling berprestasi bagi bulan Ogos 2022.
Antutu menobatkan ROG Phone 6 sebagai telefon pintar Android paling berprestasi selepas peroleh skor setinggi 1110172 mata.
ROG Phone 6 dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon paling berkuasa ketika ini SD 8+ Gen 1 serta RAM16GB.
ROG Phone 6 sudah pun dilancarkan di Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM3,599.
{suggest}
Selepas ROG Phone 6, Antutu menobatkan iQOO 9T (1081222 mata) turut dikuasakan oleh cip SD 8+ Gen 1, Red Magic 7 (1054238 mata) SD8 Gen 1 dan Mi 12S Ultra (1052756 mata) juga menggunakan SD 8+ Gen 1.
Berikut adalah senarai 10 telefon pintar paling berprestasi peringkat global bagi bulan Ogos 2022 menurut Antutu:-
Sumber: Antutu