Ekoran kebimbangan terhadap isu pengintipan dengan mendakwa terdapat alat pengesan dipasang dalam telefon pintar jenama dari China, Menteri Pertahanan Lithuania dilaporkan telah mengesyorkan pengguna di negara itu supaya mengelakkan daripada membeli telefon pintar China tersebut.

Bagi mereka yang memiliki telefon pintar dari China pula, mereka disyorkan untuk membuang telefon pintar mereka itu.

Cadangan itu dilontarkan menteri itu selepas Pusat Keselamatan Siber negara itu mendakwa, telefon pintar keluaran Xiaomi yang dipasarkan di Eropah dilengkapi dengan peranti penjejak yang boleh mengesan terma seperti ‘Free Tibet’, ‘Long live Taiwan independence’ atau ‘democracy movement’.

Pusat Keselamatan Siber negara itu juga menyatakan secara khusus, walaupun perisian di dalam model telefon pintar Xiaomi Mi 10T 5G dengan keupayaan pengintipan telah dimatikan untuk “Wilayah Kesatuan Eropah”, tetapi pihak mereka mendapati perisian tersebut masih boleh diaktifkan semula secara kawalan jarak jauh.

“Isu penting ini bukan sahaja melibatkan Lithuania, tetapi juga terhadap semua negara yang menggunakan peralatan teknologi Xiaomi,” Petik laporan itu

Sumber: Reuters