Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) sebentar tadi memaklumkan bahawa menterinya, YB Dato’ Saifuddin Abdullah telah disahkan positif COVID-19.

Ia disahkan menerusi keputusan ujian saringan yang diperoleh pada malam tadi (28 April 2021.)

KKMM memaklumkan menteri tersebut kini menjalani tempoh kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad hospital dengan pemantauan  rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun begitu, KKMM menyatakan bahawa YB Dato’ Saifuddin masih akan terus memantau Kementerian suapaya segala urusan berjalan lancar.

KKMM memohon orang ramai mendoakan kesembuhan kepada beliau serta memohon maaf atas segala kesulitan.