Masih lagi dengan berita mengenai pembekal perkhidmatan telekomunikasi gergasi tanahair, Telekom Malaysia(TM). Menteri Komunikasi & Multimedia, YB Gobind Singh Deo telah mendesak TM untuk memberi penjelasan mengenai perancangan mereka bagi pelan Streamyx kepada pelanggan dengan segera.
TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kpd pelanggan mereka. Apakah cadangan utk selesaikan isu ini? Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dgn jelas apakah langkah seterusnya? https://t.co/6Vc0Aw4uB1
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) November 17, 2018
Desakan itu telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi beliau, @GobindSinghDeo sebentar tadi. Ia berikutan satu aduan yang dibuat oleh salah seorang pelanggan Streamyx, @MohdShfqIzwn melalui satu kicauan di akaun Twitter-nya.
Beliau ternyata kurang berpuas hati dengan harga langganan pakej Streamyx 4Mbps yang dilanggannya dengan kadar cas RM 140 sebulan, berbanding RM 129 yang dikenakan pada pakej TM Unifi 100Mbps.
Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumbalas daripada pihak TM yang telah diterima. Mungkin kita akan mendengar perkembangan lanjut mengenai perkara ini dalam masa terdekat.
Kredit gambar utama: Facebook YB Gobind Singh Deo
Sumber: Twitter YB Gobind Singh Deo