Peranti telefon pintar sekarang ini boleh diklasifikasikan sebagai satu keperluan dalam kehidupan digital masa kini. Peranti telefon pintar di tangan anda boleh melakukan beberapa perkara sehinggakan boleh mengakibatkan kesan buruk kepada seseorang. Perkara paling mudah adalah ia boleh mengakibatkan seseorang hilang fokus dan menjejaskan prestasi kerja anda.
Untuk itu, sebuah pembangun dari China, Shaokan Pi telah membangunkan sebuah aplikasi yang mewujudkan satu tumbuhan maya dalam satu tempoh masa anda tidak menggunakan peranti telefon pintar anda. Aplikasi yang dipanggil Forest itu mendapat 5 tempat teratas dalam Apple Apps Store dalam kategori aplikasi produktiviti.
Sekiranya anda berjaya menghidupan satu tumbuhan, anda akan diberi ganjaran dalam bentuk mata wang maya. Mata wang maya ini boleh dikumpul untuk membeli tumbuhan lain. Rata-rata pengguna aplikasi tersebut memberi penafaran 5 bintang. Bukan itu sahaja, mata wang maya yang diperolehi boleh digunakan untuk menyumbang dalam projek penanaman pokok yang sebenar yang sedang dijalankan di negara-negara afrika.