Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mengenang Google Nexus, Siri Legenda Sebelum Pixel “Terkenal Di Bukit Bintang”

Posted on Oktober 25, 2022Oktober 26, 2022

Untuk penggila telefon pintar, nama Nexus bukanlah asing di telinga mereka. Sebelum muda-mudi sekarang ‘memuja’ Pixel, sebuah keturunan dengan nama Nexus pernah menjadi barang langka.

Tidak seperti Pixel sekarang yang menjadi kegilaan kerana kekuatan fotografi, Nexus menumpukan pada spesifikasi dan keaslian sistem operasi.

Google berperanan mereka bentuk, membangunkan perisian, memasarkan manakala untuk pengeluarannya dipertanggungjawabkan pada syarikat seperti HTC, LG, Asus, Samsung.

Siri Nexus dilancarkan pada 2010 namun hayatnya tidak panjang kerana tamat pada 2016 digantikan Pixel. Artikel ini menumpukan pada telefon Nexus saja, tidak termasuk produk lain.

{snap}

Nexus One

Telefon buatan HTC ini menjalakan sistem operasi Eclair (Android 2.1) dan menerima Froyo (Android 2.2) 4 bulan selepas pelancaran. Ia kemudian dikemas kini ke Gingerbread (Android 2.3).

Ia menjadi satu-satunya peranti Nexus yang menyokong kad memori. Antara kelemahan model sulung ini ialah kemampuannya GPU-nya memproses enjin 2D baharu yang dibawakan dalam Ice Cream Sandwich (Android 4.0).

Model-model selepasnya mempunyai perkakasan yang mampu menguruskan rendering baharu.

Spesifikasinya termasuklah seperti menggunakan cip Qualcomm Scorpion, storan 512MB (boleh ditambah melalui kad memori), RAM juga 512MB.

GPU pula ia menggunakan Adreno 200, kamera belakang 5MP namun tiada kamera swafoto. Baterinya pula 1400mAh.

{snap}

Nexus S

Model kedua ini pula dikeluarkan oleh Samsung pada 2010 dengan pelancaran Android versi Gingerbread.

Hujung tahun berikutnya, ia menyokong Ice Cream Sandwich dan kemudian menerima Jelly Bean (Android 4.1) pada 2012.

Dilancarkan pada 2010, ia tidaklah mempunyai rekaan mahupun kemasan yang premium kerana hanya bertubuhkan plastik.

Ia menjadi telefon Nexus terakhir dengan butang kapasitif. Selepasnya, model-model Nexus hadir dengan butang pada paparan.

Jelly Bean menjadi kemas kini terakhir telefon ini. Selain itu, ia hadir dengan skrin 4.0″ (800×480), CPU Hummingbird, storan 16 GB (1GB storan dalam, 15 GB storan USB) dan RAM 512 MB.

Cip grafiknya pula ialah PowerVR SGX540.  Kamera belakang ialah 5MP belakang, manakala VGA untuk swafoto. Selain itu, telefon ini dikusakan bateri sebesar 1500 mAH.

{snap}

Galaxy Nexus

Pada 2011, Nexus kali ini sekali lagi dikeluarkan oleh Samsung dan kali ini ia dilancarkan dengan Ice Cream Sandwich (Android 4.0).

Hayat kemas kini perisiannya tamat dengan Jelly Bean (Android 4.3). Di Brazil, ia dipasarkan dengan nama Galaxy X kerana “Nexus” telah didaftarkan sebagai tanda nama.

Ia antara yang menyokong Google Wallet. Bukan itu saja, model Nexus ini menjadi peranti Nexus terakhir dengan bateri yang boleh ditanggalkan.

Dengan Ice Cream Sandwich, Galaxy Nexus hadir dengan butang navigasi pada skrin, bukan lagi fizikal atau pada tubuh telefon. Antara muka baharu juga menampakkan rekaan lebih cantik dan futuristik.

Ia hadir dengan skrin: 4.65″ HD Super AMOLED (1280×720) selain dijana cip TI OMAP 4460 (Texus Instrument).

Dengan RAM sebesar 1GB, dua pilihan storan dalam tersedia ialah 16GB dan 32 GB. Sebiji kamera di belakang ialah 5MP manakala swafoto pula 1.3MP. Baterinya sebesae 1750mAh.

{snap}

Nexus 4

Dalam tahun sama iaitu 2012, Google melancarkan 4 peranti Nexus dan 2 daripadanya ialah tablet. Selari dengannya, Jelly Bean (Android 4.1) turut dilancarkan.

Telefon ini dikeluarkan oleh LG pula. Ia menjalankan Jelly Bean (versi 4.2) dan datang dengan ciri Photo Sphere dalam aplikasi Google Camera.

Ia mendapat sambutan yang agak positif kerana harganya yang mudah dengan spesifikasi yang tinggi. Versi Android terakhir yang diterimanya ialah Lollipop (Android 5.1.1).

Pada harga separuh iPhone dan Samsung Galaxy waktu itu, dilengkapkan lagi dengan stock Android, Nexus 4 ini antara telefon Nexus yang terkenal.

Salah satu sebab yang menjadikannya unik ialah kaca belakangnya yang hadir dengan rekaan yang memaparkan corak berbeza apabila disengetkan.

Nexus 4 mempunyai skrin sebesar 4.7″  (1280×768) dan dikuasakan Snapdragon S4 Pro. Berbekalkan RAM setinggi 2GB, storannya pula datang dalam 2 pilihan iaitu 8GB dan 16GB.

Kamera di belakang menggunakan lensa 8MP dan hadapan pula 1.3MP.Dalam pada itu, ia berjantungkan bateri berkapasiti 2100mAh.

{snap}

Nexus 5

Pada 2013, sekali lagi LG menjadi pilihan untuk mengilangkan telefon Nexus seterusnya. Nexus 5 menjadi yang pertama menjalanan KitKat (Android 4.4) dan versi terakhir diberikan ialah Marshmallow (Android 6.0).

Menariknya, ia dilengkapi pelancar Google Now dan menyokong pengecasan tanpa wayar. Malah, aplikasi Hangout ditetapkan sebagai aplikasi permesejan secara lalai.

Walaupun mempunyai isu seperti teknikal seperti throttling, namun ia masih dikatakan antara model Nexus yang berjaya. Kelancarannya masih terasa walaupun telah lama digunakan, menurut PhoneArena.

Undian di The Verge mendapati Nexus 5 dipilih sebagai Nexus paling disukai pengguna dan pengikut teknologi. Namun, itu sebelum Nexus 6P dilancarkan.

Kalibarasi warna paparannya juga antara yang aspek dipuji. Akan tetapi, dengan kelahiran Nexus 5 pun, Google masih gagal menyelesaikan masalah kamera yang kurang mengancam.

Dari segi spesifikasi, paparannya bersaiz 4.95″ IPS LCD (1080×1920) serta cip Snapdragon 800 menjadi nadi.

Dengan storan 16GB atau 32GB, RAM disertakan pula sebesar 2GB. Lensa 8MP ditempatkan di belakang manakala kamera 1.3MP untuk mengambil swafoto. Kapasiti baterinya setinggi 2300mAh.

{snap}

Nexus 6

Pada 2014, ia dilancarkan pada bulan Oktober bersama Nexus 9 dan Nexus Player. Waktu ini, boleh dikatakan era telefon skrin bersaiz besar dan lebih 4 inci mula popular.

Untuk peranti jenis phablet ini, ia dikeluarkan oleh Motorola. Tahun yang sama, Google telah menjual Motorola ke Lenovo. Ia merupakan telefon pertana menjalankan sistem operasi Lollipop (Android 5.0).

Nexus 6 menjadi antara yang terawal tampil dengan rekaan Material dan menyokong Project Fi. Versi Android 7.0 (Nougat) menjadi versi terakhir diterimannya.

Nexus 6 bagaimanapun tmencapai jualan yang tidak mencapai sasaran dan kurang popular.

PhoneArena mengatakan antara kelemahannya ialah kalibrasi skrin AMOLED yang menghasilkan warna tidak semula jadi. Namun, bab kamera, bateri dan cip pemproses tidak mengecewakan.

Untuk spesifikasinya, cip Snapdragon 805 dipilih sebagai CPU manakala paparan AMOLED padanya bersaiz 5.96″ dengan resolusi 2,560 x 1440.

RAM di dalamnya sebesar 3GB manakala storannya pula terdapat dalam 2 pilihan iaitu 32GB dan 64GB. Lensa di belakang setinggi 13MP namun kamera swafoto masih 1.3MP.

Bateri berkapasaiti 3220mAh menunjukkan naik taraf penting berbanding model sebelumnya.

{snap}

Nexus 5X

Untuk kali ketiganya, LG sekali lagi mengeluarkan telefon Nexus. Dirasmikan tahun 2015, Nexus 5X dan Nexus 6P menjadi peranti pertama dilengkapkan pengimbas cap jari dan port USB-C.

Bukan itu saja, malah juga pertama mempunyai ciri Android Sensor Hub yang membolehkan peranti menghidupkan skrin apabila diangkat.

Telefon in menjalankan Marshmallow dan hadir dengan Google Now on Tap. Antara peranti lain dilancarkan bersama Nexus 5X ialah tablet Pixel C. Nexus 5X dilengkapi paparan bersaiz 5.2” dengan resolusi 1,920 x 1,080.

Untuk cip pemprosesan pula, ia dijana Snapdragon 808 selain dibantu RAM 2GB dan storan 16GB atau 32GB. Kamera di belakang ialah 12MP belakang manakala 5MP untuk swafoto. Baterinya pula sebesar 2700mAh.

{snap}

Nexus 6P

2015, kita sudah sampai di penghujung era Nexus. Model yang dinamakan Nexus 6P menjadi telefon terakhir dalam siri legenda ini.

Buat pertama kalinya, pengeluar dari China dilantik untuk mengilangkannya iaitu Huawei. Keluar dari kotak, ia menjalankan Marshamallow dan kemudian menerima Nougat.

Ia merupakan antara telefon Nexus paling terkenal antara semua dan ada yang mengatakan telefon Nexus terbaik walaupun model kamera di belakang menerima komen negatif awalnya.

Bahkan, banyak laporan berkongsi kaca untuk bahagian kamera belakangnya mudah pecah. Hal ini mungkin kerana rekaan dan kedudukannya.

Antara yang menjadi tumpuan oleh Google ialah kemampuan kameranya yang lebih baik dalam mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah disebabkan saiz pikselnya yang besar.

Nexus 6P mempunyai skrin AMOLED sebesar 5.7″ dan dijana cip Snapdragon 810. RAM diletakkan di dalamnya sebesar 3GB sementara 3 pilihan storan tersedia ialah 32GB, 64GB dan 128GB.

Di belakangnya terletak kamera 12MP dan di hadapan pula 1.3MP. Bagi bateri, ia berkapasiti 3,450mAh.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress