Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini dalam kenyataan memaklumkan bahawa terdapat insiden menara milik TM tumbang akibat hujan lebat.

Menara yang dikongsi bersama Celcom itu tumbang dipercai disebabkan hujan lebat dan angin kencang di Seberang Perak, Perak Tengah pada jam 4 petang, 13 Jun 2021.

Baca juga – Jalur Frekuensi Peranti Satelit Mudah Alih Ini Akan Dibatalkan Pada Tahun Hadapan

Disebabkan kejadian tersebut, gangguan liputan komunikasi dan internet dijangka akan berlaku terutama pelanggan TM Unifi Mobile dan juga Celcom.

Kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan mungkin akan selesai selewat-lewatnya Jumaat ini. Oleh itu, Mobile Base Transceiver Station (MBTS) akan digerakkan ke lokasi yang terjejas.

Sumber: MCMC