2 hari lepas telah berlakunya satu insiden kebakaran melibatkan menara komunikasi di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi, Johor.

Baca juga: Menara Komunikasi Di Kota Tinggi Pula Terbakar Menjejaskan 2 Rangkaian

Kejadian itu melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom. Insiden itu sekaligus menyebabkan berlakunya gangguan ke atas 2 rangkaian tersebut sehingga menjejaskan penggunanya.

Walaubagaimanapun hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih menara komunikasi tersebut telah berjaya dipulihkan sepenuhnya dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Justeru pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut kini dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala.

Sumber: SKMM