Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan bahawa telah berlakunya satu insiden kebakaran melibatkan menara komunikasi di Menara Ladang Sibol B, Kota Tinggi, Johor

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.04 malam pada hari Selasa melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Maxis yang dikongsi bersama dengan Celcom.

Punca kejadian masih sedang dalam siasatan.

Akibat kebakaran itu, ia telah memusnahkan peralatan, bahagian kabin dan bekalan elektrik di menara berkenaan serta akan menyebabkan gangguan liputan untuk tempoh beberapa hari akan datang.

SKMM memaklumkan bahawa mereka telah mengarahkan semua penyedia perkhidmatan yang berada di menara komunikasi tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan kadar segera.

Sebagai langkah sementara, Mobile Communications Vehicle (MCV) dan Base Transceiver Station (BTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya.

Dijangkakan rangkaian komunikasi yang terjejas akan pulih sepenuhnya selewat-lewatnya pada hari Selasa depan.

Sumber: SKMM