Berita baik buat penggemar fotografi dan peminat vivo, vivo Malaysia akan mengadakan tiga minggu vivo Xplore Challenge melalui laman rasmi facebook vivo Malaysia.
Cabaran ini bermula dari 25 Ogos hingga 15 September 2020. Gambar yang paling kreatif berdasarkan tiga kategori berpeluang untuk memenangi hadiah yang terkumpul bernilai RM 10,000.
Setiap tema yang dipertandingkan adalah berkait dengan keunikan ciri-ciri yang terdapat dalam vivo X50 dan peserta bebas untuk mentafsir tema tersebut.
Berikut adalah tema dan tarikh vivo Xplore Challenge:
Tema | Tarikh |
Malaysia Kita | 25 Ogos – 1 Sept |
When The Lights Go Out
(Night Photography) |
1 Sept – 8 Sept |
Don’t Stop Moving | 8 Sept – 15 Sept |
Semua pengguna telefon pintar boleh menyertai pertandingan ini dan ikuti langkah di bawah:
- Ambil gambar menggunakan telefon pintar berdasarkan tema mingguan
- Muat naik gambar tersebut di ruangan komen post tersebut
- Kongsikan post berserta hashtag #vivoxplorerchallenge