Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Menangi Hadiah Terkumpul RM6,000 Menerusi Pertandingan [email protected] 2020

Posted on Ogos 21, 2020

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-63 pada tahun ini, Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan pertandingan Fotografi [email protected] Pertandingan ini berlangsung pada 14 Ogos hinga 14 September 2020.

Tema penganjuran pertandingan ini adalah berdasarkan kepada tema smbutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu “Kita Luahkan Inspirasi Kemerdekaan”.

klik@merdeka 2020

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Selfie dan Wefie. Hadiah terkumpul yang ditawarkan bernilai RM6,000 dengan hadiah utama kategori Selfie bernilai RM800, manakala Johan kategori Wefie bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,500.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas. Dari segi had penyertaan, setiap peserta hanya boleh menghantar maksimum 10 gambar bagi setiap kategori.

Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu mendaftar dengan mengisi borang penyertaan di www.merdeka.penerangan.gov.my. Muat naik gambar untuk pertandingan boleh dilakukan setelah menerima pengesahan status pendaftaran.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan [email protected] 2020, layari laman rasmi Jabatan Penerangan Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress