Pada awal tahun yang lalu, vivo telah mendermakan pembersih tangan dan 20,000 pelitup muka untuk menyokong petugas barisan hadapan serta membantu golongan memerlukan dalam memerangi COVID-19.
Kali ini, vivo Malaysia meneruskan lagi kempen ini dengan mengadakan vivo Care yang berlangsung selama sebulan mulai hari ini sehingga 6 Januari 2021.
Menerusi kempen ini, sebanyak RM10 akan didermakan kepada golongan yang memerlukan bagi setiap pembelian peranti vivo melalui kedai dalam talian vivo.
Dalam pada itu, slogan “Give a little, help a lot” ini juga menggalakkan pelanggan untuk berbelanja secara dalam talian bagi tujuan menyokong kempen yang dijalankan vivo.