Piala Dunia Qatar 2022 telah pun tamat peringkat kalah mati dan debaran suku akhir makin terasa. Tetapi tahukah pembaca bahawa bola rasmi berteknologi tinggi yang bernama Al Rihla itu perlu dicas dahulu sebelum digunakan.
Kenapa Perlu Dicas?
Untuk pengetahuan pembaca, bola Al Rihla terbina sebuah sensor 3D seberat 14 gram di dalamnya. Oleh itu, boleh tersebut perlu dicas untuk sensor tersebut beroperasi ketika perlawanan bola sepak berlangsung.
World Cup balls are being charged with electricity before Matchs start#FIFAWorldCup pic.twitter.com/kdrnxsLhh8
— Kick (@Kick0fficial) November 25, 2022
Fungsi Sensor Di Dalam Bola Al Rihla
Sensor 3D di dalam bola tersebut berfungsi untuk mengesan dan menentukan offsides dalam sesebuah perlawanan bola sepak.
The balls used in worldcup are being charged because the ball has a 3D sensor inside to determine offsides. pic.twitter.com/g6lmd9Y2rF
— Rezwin (@_Goatinho) November 30, 2022
Hal ini demikian kerana teknologi sensor tersebut dapat membantu pengadil untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan cekap dalam sesebuah perlawanan itu
{suggest}
Sebagai contoh, sensor tersebut membolehkan lokasi bola Al Rihla itu dinilai, dijejak dan dikesan dengan lebih tepat dalam situasi seperti jaringan gol, offsides, sepakan penjuru dan lain-lain.
Sumber: Marca
Gambar utama: Marca