Walaupun bukanlah jenama yang sering menjadi bahan perbualan rakyat Malaysia, kita seharusnya memberi perhatian kepada Meizu kerana mampu mengeluarkan telefon pintar setanding dengan nama-nama besar lain.
Syarikat itu kini tampil dengan dua buah model baru dikenali sebagai Meizu Pro 6 Plus dan Meizu M5 Note.
Meizu M5 Note (RM849) – mid range
- Skrin paparan HD Penuh berukuran 5.5 inci
- Pemproses MediaTek Helio P10
- RAM 3GB
- Storan dalaman 32GB
- Kamera belakang 13 Megapiksel
- Kamera hadapan 5 Megapiksel
- Bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas
Meizu Pro 6 Plus (RM1999)- flagship
- Skrin paparan Quad HD SUPER-AMOLED berukuran 5.7 inci
- Pemproses Exynos 8890
- RAM 4GB
- Storan dalaman 64GB
- Kamera belakang 12 Megapiksel
- Kamera hadapan 5 Megapiksel
- Bateri berkapasiti 3400 mAh dengan sokongan pengecasan pantas
Kedua-dua model ini boleh dibeli menerusi pengedar sah Meizu di Malaysia, Dynamic Distribution serta anda juga boleh membeli secara atas talian di 11Street, Lazada, atau GEMFIVE.
Untuk makluman, Meizu turut menurunkan harga jualan bagi model-model terdahulu seperti berikut:
M5 – RM599
M3 Note – RM749
MX6 – RM1299
Senarai pengedar sah Meizu di seluruh negara
Sumber: KLGadgetGuy, Lowyat.net