MediaTek hari ini mengumumkan cip terbaharu untuk tablet dan Chromebook, iaitu Kompanio 1300T dimana ia adalah naik taraf daripada Kompanio 1200.

Kali ini, ia menggunakan pemproses TSMC 6nm berbanding 7nm yang menampilkan teras-okta ARM Cortex-A78 dan ARM Cortex-A55 serta grafik Mali-G77 MC9. Cip ini juga didatangkan dengan modem 5G yang menyokong sub-6GHz dan dwi-sim.

Antara ciri lain yang terdapat padanya adalah sokongan resolusi 2.5K (1440p) dengan paparan sehingga 120Hz dan HDR10+. Dari segi kemampuan kamera, ia membolehkan tetapan multi-kamera dengan 108MP serta rakaman video 4K 60fps.

Di samping 5G, Kompanio 1300T juga menawarkan WiFi 6, Bluetooth 5.2 dan mempunyai MediaTek HyperEngine 3.0 untuk memberikan pengalaman bermain (gaming) lebih baik.

Seperti yang dinyatakan, MediaTek memberitahu cip ini akan menguasakan tablet dan Chromebook. Malah, peranti pertama yang menggunakannya akan dilancarkan pada suku ketiga 2021.

Berdasarkan khabar angin, tablet HONOR V7 Pro yang mungkin diperkenalkan bulan hadapan akan mempunyai cip MediaTek Kompanio 1300T ini.

Sumber: MediaTek

Baca juga artikel berkaitan: