Jika sebelum ini MediaTek mengemaskini siri Helio-G, kini cip Dimensity 920 dan Dimensity 810 pula rasmi dilancarkan dimana ia dibangunkan dengan pemproses 6nm.

Kedua-dua cip tersebut adalah pengganti bagi Dimensity 900 dan Dimensity 800 yang masing-masing menawarkan sedikit peningkatan prestasi untuk peranti berkelas pertengahan.

Menerusi Dimensity 920, ia menggunakan teras Cortex-A78 dengan kelajuan 2.5GHz, teras Cortex-A55 dengan kelajuan 2.0GHz serta GPU Mali-G68 yang mana ia didakwa 9% peningkatan prestasiĀ gamingĀ berbanding Dimensity 900.

Ia turut menyokong memori LPDDR5+UFS 3.1 atau LPDDR4X+UFS 2.2, sokongan 5G termasuk dwi-SIM 5G, kemampuan kamera 108MP dengan pemproses imej lebih baik, rakaman video 4K HDR dan banyak lagi.

Bagi Dimensity 810 pula, ia tampil dengan kelajuan CPU hingga 2.4GHz, memori LPDDR4X+UFS 2.2, sokongan resolusi hingga 2520×1080 dengan kadar segar semula 120Hz dan GPU Mali-G57.

MediaTek menyatakan bahawa telefon pintar dengan cip tersebut akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun 2021.

Sumber: MediaTek

Baca juga: